KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas yang menyaksikan 17 rang undang-undang diluluskan.
Sepanjang persidangan itu, Dewan Negara meluluskan antaranya Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023, Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024, Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024, Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024.
Turut diluluskan, Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023, Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 dan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023.
Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal dalam ucapan penutupnya berkata sesi pertamanya sebagai Yang di-Pertua juga melakar sejarah apabila suatu pindaan substantif di peringkat Jawatankuasa sebuah-buah Majlis, Dewan Negara turut dipersetujukan.
"Ini mencerminkan kewibawaan dewan yang mulia ini dalam memainkan peranan semak dan imbang terhadap proses penggubalan undang-undang negara. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam proses ini khususnya kepada Yang Berhormat Senator sekalian," katanya.
Dalam pada itu, Mutang berkata penglibatan sangat aktif oleh Ahli Dewan Negara dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan rang undang-undang amat membanggakan dengan komitmen yang sangat tinggi, meningkatkan kredibiliti Dewan dan membuka mata awam bahawa Dewan ini bukanlah 'rubber stamp' semata-mata.
Mengikut rekod, seramai 52 senator telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja yang menyentuh isu nasional dan berkepentingan rakyat secara menyeluruh melibatkan 28 kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri.
"Sejumlah 46 orang iaitu lebih kurang 87 peratus dalam kalangan ahli mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas 17 rang undang-undang yang telah dipersetujukan," katanya.
Sementara itu, Mutang turut mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara yang tersayang buat mereka yang beragama Islam.
"Saya menyarankan agar kita semua merancakkan lagi semangat muhibah sesama kita dengan saling kunjung-mengunjungi di musim perayaan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Mutang berkata sesi pertamanya sebagai Yang di-Pertua juga melakar sejarah apabila suatu pindaan substantif di peringkat Jawatankuasa sebuah-buah Majlis, Dewan Negara turut dipersetujukam. - Gambar fail/Bernama
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Google akan guna AI lindungi telefon pengguna daripada aplikasi berbahaya
GOOGLE hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan lagi penggunaan ciri Play Protect pada peranti Android.
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar
Gerakan #MZB365 yang diperkenalkan pertubuhan dalam masyarakat sivil (CSO) dan media di Malaysia, wajar diperluaskan atau disokong ramai pihak.
Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas.
Semangat muhibah, cintakan negara perlu bersekali demi kekalkan perpaduan masyarakat majmuk
Semangat muhibah dan rasa sayang serta cinta pada negara, perlu hadir dan diterapkan bersekali dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Semangat muhibah di kalangan masyarakat penting untuk pupuk perpaduan
Jika semangat muhibah ini tidak dijaga, ia akan memberikan ruang kepada pihak musuh untuk mengeksploitasi kestabilan sosial di negara ini.